Senyumlah walau hatimu duka.... Ubatilah ianya dengan suka dan gembira dengan MENGINGATINYA... Agar dirimu tidak lagi derita... Terima dengan redha... Semoga ada hikmatnya....
Isnin, 25 Jun 2012
Pisang
Tertekan ? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...
Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.
Khasiat - khasiat Pisang:
1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok.
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
2. Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.
3. Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.
4. Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
5. Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
6. Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.
Info !
- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 - 6 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
Ahad, 24 Jun 2012
Emak....
Berapa banyak air mata ibu yang kita tak nampak yang telah gugur atas kekasaran kata, keterlanjuran perbuatan..Sama ada sedar atau tidak...Mungkin di sebalik senyuman tuanya..ada duka yang terpendam terhadap kita... begitu juga ayah kita... sama2 kita renungi bersama, moga2 ia merupakan titik tolak dalam perubahan diri kita.. insyaALLAh...
Allahumaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha buat mu MAK

Sabtu, 23 Jun 2012
Bila sayang...
BILA KITA SYG ORG TU……
KITA TERIMA JE APA YG ORG TU KATA
TP BILA DIA KATA KITA?
HATI KATA TAKPE MANUSIA TAK PERFECT….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA TNGGU DIA LAME PN X PE
TP BILA DIA TNGGU KITA???DIA MRH2
HATI KATA ALA, ADATLAH ADA YANG MENUNGGU N DTNGGU….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X TDO PN X PE LYN DIA YG NGAH BOSAN,
TP BILA KITA BOSAN, ADA DIA LYN KITA?
HATI KATA X PE DIA BUSY KOT…..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA GDH NGAN DIA, KITA DIAM JE
TP DIA HEBOH 1 DUNIA
HATI KATA X PE, DIA TENSION TU…..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA KOL NAK CKP NGAN DIA
TP DIA BG PHONE KAT ORG LEN
BILA JD CM2, X PE HATI KATA
X PE, LYN JE, KWN DIA, KWN KITA GAK….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA BERCERITA DGN DIA, IBARAT CRITA NGAN TUNGGUL LG BAIK
TP BILA DIA BERCERITA NGAN KITA
KITA DGR, SEPATAH2 KITE INGT
HATI KATA X PE SYG LA KATAKN…
BILA KITA SYG ORG TU
KITA N DIA LAPAR
TP KITA BG SUME ROTI KITA KAT DIA
HATI KATA, ALA JAGALH HATI DIA, CIAN DIA…
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SANGGUP BG DIA REST BILA DIA LETIH,
TP BILA KITA LETIH, DIA SRH JUGAK KITA LYN DIA BILA DIA BOSAN.
ADIL KER?
HATI KATA, ALA BUKAN SELALU PUN..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA JADI CAM ORG GILA APBLA DENGAR DIA SAKIT,
TP BILA KITA SAKIT,
DIA SIAP KUAR NGAN KWN2 DIA
MERAIKAN HARI KESAKITAN KITA,
HATI KATA, ALA X PE, X KN DIA NAK BERKEPIT NGAN KITA 24 JAM….
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X PRNH PNTINGKAN DIRI SNDRI
TP DIA HPOKRIT THP NGABAN
HATI KATA X PE, DIA MMG CM2 KENE LAH TRIMA..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SYG NK TNGGLKN DIA SLAMA2NYA
TP DIA X TAHU KITA BERDPN DGN MAUT,
WLPN KITA SKT,
DIA KATA KAT KITA, SAKIT BESE2 JER, JGN NK MNGARUT
HATI KATA, CMNELAH DIA BILA KITA X DE,
MSTI DIA HEPI
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X SNGGP TNGK DIA DERITA
TP DIA X PRNH HARGAI DIRI KITA,
HATI KATA, TAU X BTAPA KITA SYG KAN DIA????
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SNGGUP TNGGLKN DIA SELAMA2NYA UNTK DIA BHGIA
TP ADAKAH DIA TAHU PNGRBANAN YG KITA LAKUKAN????
PK2KANLAH…=)

Dengan lafaz...
"Ya ALLAH ya Tuhanku , berikanlah kami kemudahan rezeki-MU, jika ianya masih jauh maka dekatkanlah. Jika ianya masih di langit maka turunkanlah. Jika ianya berada didasar bumi Engkau keluarkanlah. Ya ALLAH, berkatilah rezeki yang kami diperolehi agar ianya mampu membawa kami ke arah kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia & di akhirat. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ya ALLAH"...Amin ya rabbal 'alamin
Hati buta sebab 10 perkara
✿ Mari berubah jadi baik..
~lala.. biar pedas sampai kebas, mati itu pasti jadi hidup biar bererti
~Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.

"Jika nak berjaya di dalam dunia kerjaya, cuba elak jawab "Tak boleh buat", "tak tahu", "tak jumpa"..bila diminta berbuat sesuatu tugasan (yang halal pastinya)..usahalah cari hingga lubang cacing bagi boleh buat, boleh siap, boleh jumpa dan boleh tahu, itu kunci untuk menjadi seorang profesional dan skillful worker.
Kasut Tumit
Membuat anda nampak cantik, benarkah?
Ramai yang tak tahu..
terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini.
Kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.
Jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul. Selain itu juga boleh menyebabkan kesakitan pada rahang, leher dan kepala.
Info terbaik untuk kaum wanita.
✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
Duhai teman,
Telah berpesan seorang hamba ALLAH:
Jgn tersilap memberi hati pd insan yg tak sudi..yg tak mengerti..
Kerana sekali engkau memberi, selamanya dia bermukim di hati..
Dan bila sekali engkau dilukai, sampai mati akan engkau ingati..Pesan lagi pada diri, hati² kala memberi hati..
Sebab ia hanya layak untuk insan yang tahu menghargai..
Betapa tingginya nilai sekeping ♥ H.A.T.I ♥
Maka dengarkan jua pesananku duhai teman,
Yang bernama hati itu sensitif sekali..
Walau tidak memberi, namun masih bisa disakiti..
Jangan engkau meletakkan harapanmu terlalu tinggi..
Kerana dibimbangi kelak akan merana sendiri..
Begitu juga dalam berhati² untuk memberi hati..
Biar berpijak di bumi realiti, jangan sampai menzalimi diri sendiri..
Nanti sampai ke sudah engkau tidak beristeri / bersuami, bimbang kelak takdirmu engkau sesali..
Telah berpesan Ustaz Wan Zawawi Jusoh:-
“Untuk mendapat jodoh yang baik, maka anda haruslah berusaha sehabis baik untuk berubah ke arah kebaikan kerana ALLAH..
Biarpun jodohmu sekarang mungkin bukan yang terbaik, jangan pernah menyalahkan takdir tetapi berusahalah, jangan putus harapan..
Biarpun merubah orang ke arah kebaikan terkadang makan masa yang lama = bukan sejam / sehari dua tapi mungkin bertahun..
Maka itu kekallah istiqamah (tetap di jalan kebenaran dan kebaikan) kerana ALLAH pasti tidak akan memungkiri janji-Nya sepertimana firman ALLAH dalam surah An-Nur ayat 26.
Dan ketahuilah duhai teman,
Mendapatkan jodoh itu bukanlah semudah yang engkau fikirkan...
Hingga terkadang sukar ketemu sebagaimana engkau impikan..
Lantaran hidup itu suatu perjalanan diranjau ujian..
Dan ujian itu pula adalah sebahagian dari ketentuan yang Allah takdirkan ! SUBHANALLAH..
Isnin, 18 Jun 2012
6 cara mudah membuat anak anda rasa di sayangi
Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

Sayang diri sebelum menyanyangi orang lain
Selagi kita manusia selagi itu kita berbeza. Islam mengiktiraf perbezaan. Perbezaan bukan semestinya satu pertentangan.
Perbezaan adalah rahmat kerana sudut pandang yang berbeza itu memberikan satu perspektif yang lebih holistik.
Setiap individu, kelompok... pasti ada titik butanya masing-masing. Apa yang dilihatnya jelas, mungkin kabur pada pandangan orang lain. Manakala ada yang dilihatnya kabur, jelas pula pada pandangan orang lain.
Dengan menggabungkan pelbagai sudut pandang, ufuk pandangan kita akan lebih luas. Dan ini mengurangkan sikap prajudis dan ketaksuban.
Manfaatkan persamaan. Uruskan perbezaan. Apapun, adab dan akhlak dalam berbeza pandangan itu sangat penting dan utama dipertahankan.
Adab itu lebih utama dipertahankan berbanding 'perkara ranting' yang sedang dipertikaikan. Ramai orang yang bijak, tetapi masih sedikit orang yang berakhlak. Hanya dengan kebijaksanaan dan kasih sayang kita dapat mencari kebenaran... Jika tidak yang kita cari cuma kemenangan. Biar kalah hujah, asalkan 'menang' akhlak. Justeru, selamanya manusia 'dont care how much you know untill the know how much you care'.
Mudahnya sikap melabel, mempertikaikan akidah, malah hingga ketahap meragui keislaman orang lain yang berbeza disiplin ilmu dengan kita, seharusnya dapat dielakkan. Kekadang saya melihat, soal peribadi sudah mengelabui soal prinsip. Agama di jadikan bukti hujah tetapi kedengkian bersalut dunia itu jugalah yang menjadi motif utamanya. Bukan menuding orang lain, tetapi satu muhasabah buat diri sendiri dan mengingatkan yang lain.
Pandanglah manusia lain dengan pandangan sayang. Semua muslim bersaudara. Selagi bersaudara kita umpama satu jasad. Melukai hati mereka samalah melukai diri kita sendiri. Sakitnya mesti terasa kerana saraf iman kita sama. Iman itu akar, buahnya kasih sayang. Jika mereka bersalah sekalipun, mereka masih berhak mendapat kasih sayang kita. Apatah lagi jika sekadar 'ter'salah.
Kesukaran mendidik diri sewajarnya meningkatkan kesabaran kita mendidik orang lain. Jangan kasar. Jangan marah. Perlembutkan bahasa, lunakkan sentuhan... kemukakan hujah secara ilmiah dengan bujukan dan kemesraan. Begitu Rasulullah saw mengajar kita. Yang benar, mesti diperjuangkan secara yang benar juga. Kesalahan orang lain, jangan diledakkan di khalayak ramai (termasuk laman sosial di internet) tanpa bersemuka dengan yang berkenaan terlebih dahulu. Dan sebelum bersemuka, tanamkan dalam hati... aku berbuat demikian demi kasih sayang dan cintaku kepada saudara muslim ku.
Siapa yang mencari kebaikan, akan bertemu kebaikan. Orang yang baik berhak bertemu dengan orang yang baik sepanjang perjalanan hidupnya. Sekalipun, dia bertemu dengan 'orang yang jahat' namun kebaikan jualah yang akan dapat dirasai daripada kejahatan itu. Bukan soal siapa yang kita temui, tetapi siapa kita ketika menemui mereka.
Bertemu dengan orang, seperti bertemu dengan makanan. Ada makanan yang lazat, berzat dan berkat. Ada makanan yang tidak sedap, jangan mencelanya. Tinggalkan dengan baik. Maka begitulah dengan kenalan mu. Jika ternyata, mereka tidak dapat membawa kita menjadi lebih baik... tinggalkan. Tetapi jangan memutuskan. Jarakkan diri, tetapi jangan mencelanya. Dia akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripada kita dan kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.
Insya-Allah, jika kita berani berbuat demikian, belenggu yang mengikat hati dan diri kita akan terungkai. Kita akan terbang lebih tinggi setelah belenggu itu terungkai. Dia pun akan melonjak lebih jauh tanpa kehadiran kita di sisi. Begitulah, kekadang perpisahan itu lebih baik daripada pertemuan... asalkan tidak ada permusuhan.
Apapun, sayangilah diri sebelum menyayangi orang lain... kerana itu petanda kesempurnaan iman:
SAYANGI DIRI SEBELUM MENYAYANGI ORANG LAIN
"Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini," kelohnya perlahan.
"Puan telah terkorban," balas saya juga perlahan.
"Saya terkorban kerana berkorban."
Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya.
Saya masih ingat kata-kata suaminya, "Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak... "
Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang berusia lewat 40'an ini.
"Puan, berkorban tidak semestinya terkorban..." pujuk saya perlahan.
"Mengapa ustaz kata begitu?"
"Sekarang, puan mesti memiliki harapan dan keyakinan yang tinggi untuk sihat," kilas saya menangguhkan jawapan pada pertanyaannya.
"Entahlah... saya seolah-olah putus harapan. Macam manalah anak-anak yang tinggalkan di rumah sekarang. Sudah dua bulan saya ditahan di rumah sakit begini..."
Saya benar-benar simpati, malah empati melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata suaminya, "Ustaz, isteri saya sakit sebab terlalu banyak berkorban untuk anak-anak. Sejak anak-anak masih kecil, siang malam dia memberi tenaga, fikiran dan perhatiannya untuk membesarkan anak-anak. Risau dan bimbangnya hanya untuk membesarkan anak-anak. "
"Lalu... kerana itu dia mengabaikan kesihatannya?" tanya saya kepada suaminya.
"Ya. Bukan itu sahaja, dia langsung tidak pernah gembira hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kesihatan, pelajaran, makan-minum, pakaian dan segalanya tentang anak-anak dijaganya dengan rapi. Tetapi makan-minumnya sendiri terabai. "
Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ini prinsip hidup lilin...membakar diri untuk menerangi orang lain.
"Ustaz, apakah ada salah saya, hingga takdirnya saya menerima nasib begini?" tanya ibu itu menyentap kembali perhatian saya kepadanya.
"Salah puan memang ada..." jawab saya.
"Salah saya?" dia tersentak. Riak mukanya semacam tidak percaya.
"Puan seharusnya menyayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain," jawab saya pendek.
"Bukan orang lain ustaz, anak-anak saya sendiri!"
"Sekalipun kepada anak sendiri."
"Itu mementingkan diri namanya!"
"Tidak! Menyayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain bukan mementingkan diri. Malah itulah sewajarnya kita lakukan," pintas saya. Nampaknya, saya telah 'berjaya' membuat dia melenting, marah dan memberi respons. Itu bagus. Sekurang-kurangnya dia telah keluar daripada zon kemurungan dan sindrom membisu yang dialaminya sekian lama.
"Mengapa demikian?"
"Hanya orang yang ada kasih sayang sahaja mampu memberi kasih sayang. Logiknya, hanya orang yang ada wang, mampu memberi wang," terang saya.
Sekarang dia pula terdiam. Termenung agak lama. Saya biarkan sahaja dia dengan fikiran dan perasaannya.
"Puan, sebenarnya hanya orang yang sihat sahaja dapat menjaga kesihatan orang lain. Sekarang, cuba lihat... apabila puan sakit, siapa yang hendak menjaga anak-anak puan di rumah? Padahal kalau puan sihat, puan boleh menjaga mereka sekarang."
"Saya tak faham ustaz, apa yang sedang berlaku sekarang. Tolonglah jelaskan," rayu wanita itu.
"Baiklah, mari kita fahami dahulu apa yang telah berlaku. Kemudian kita cuba fahami apa yang sedang berlaku. Dan akhirnya, rancang apa yang perlu kita lakukan nanti."
Mendengar kata-kata saya dia mula mengubah posisi badannya. Daripada berbaring kepada mengangkat badannya lantas bersandar di birai katil. Alhamdulillah, itu petanda positif. Mengubah posisi fizikal adalah proses merubah emosi dan minda. Bukankah untuk meredakan kemarahan kita dinasihatkan agar menukar posisi badan?
"Apa yang telah berlaku dahulu adalah satu kesilapan. Puan seharusnya menjaga kesihatan badan, fikiran, perasaan dan jiwa semasa mengasuh, mendidik dan menjaga anak-anak."
"Maksudnya ustaz?"
"Jaga diri puan dahulu sebelum menjaga anak-anak. Maksudnya, puan perlu menjaga kesihatan jiwa dan badan puan. Itu bukan pentingkan diri. Tujuan kita sihat ialah agar mampu menjaga kesihatan orang lain. Sayangnya, puan telah tersilap, puan terlalu menjaga anak-anak sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akibatnya, puan jatuh sakit... dan sekarang anak-anak terabai! "
Saya teringat kata-kata seorang pakar pendidikan, "Sebenarnya orang yang mengabaikan kesihatan diri adalah orang yang paling mementingkan diri sendiri." Ketika ditanya mengapa, beliau berkata,"Sebab apabila dia sakit, orang lain yang terpaksa menjaga dirinya. Sebaliknya, orang yang menjaga kesihatan diri... akan sihat. Apabila dia sihat, dia mampu menjaga orang lain yang sakit!"
"Betul juga kata ustaz, sekarang, anak-anak saya terabai dan saya sendiri pun sakit. Rugi-rugi..."
"Yang sudah, sudahlah. Kata bijak pandai, sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada kesilapan semalam, ayuh kita lupakan. Fokus kepada hari ini. Sekarang mari kita memahami realiti terkini... Apa yang sedang berlaku sekarang?"
"Saya sedang sakit..."jawab ibu itu.
"Tidak, puan sedang dirawat untuk sihat!"
"Maksud ustaz?"
"Puan mesti bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan diri sendiri. Katakan pada diri, aku layak untuk sihat kembali. InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan itu."
Dia diam. Mukanya tunduk. Saya menambah kata,"Puan mesti sihat kerana puan memang sayangkan diri puan. Puan mesti sayangkan diri puan untuk menyayangi anak-anak puan. Itulah niat dan semangat yang perlu ada dalam diri puan sekarang. Inilah langkah terbaik untuk memulakan hari ini bagi menghapuskan kesalahan semalam."
"Ustaz, saya akan sembuh?"
"Yakinlah pada bantuan Allah. Penyakit lahiriah ini akan mudah ditangani jika hati dan jiwa kita terlebih dahulu diubati. Tanamkan keyakinan, harapan dan sangka baik kepada Allah. Ujian sakit ini sebenarnya untuk tujuan itulah... bagi mengingatkan kita agar kembali kepada Allah. Kembali merintih, berharap dan mengadu kepadaNya."
"Ustaz, tolong doakan agar saya nampak hubungan antara kasih sayang terhadap diri, manusia dan Alllah..."
"Puan, saya pun senasib dengan puan. Masih mencari-cari hakikat kasih sayang Allah. Namun, setakat ini apa yang saya tahu, kita tidak mampu menyayangi manusia lain selagi kita belum menyayangi diri sendiri. Dan kita tidak akan mampu menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi Allah!"

Tanggapan remaja zaman sekarang terhadap soal jodoh
Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang pelamin kerana mahu menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.
Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras yang rupawan, dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak juga perkhawinan yang hancur kerana pasangan masing masing sudah tidak cantik, tidak tampan ataupun jatuh miskin. Ada juga orang yang bercinta dan sering keluar "dating", tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.
Benar, jodoh itu di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.
Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.
Apakah hikmah daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit perasaan takut kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.
Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. Semuanya demi membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan dan mengganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu mencari jodoh demi membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.
Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada sekali. Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa bertemu mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak ada yang istimewa lagi.
Pada mereka yang memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka seronok bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.
Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia adalah mahu bersedia zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. Kesudahannya, pernikahan dilansungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan masing masing.
Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan batin. Realitinya, orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik memikirkan sebab sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya mata, anak yang menjadi mangsa.
Mengapa? Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi , pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu dan ayah sudah tua dan tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak yang tersekat.
Sememangnya ini bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah bersedia bernikah. Sayang sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak dalam khayalan memuja muja fizikan tubuh dan nafsu yang berlebihan.
Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, termasuk diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.

Rasulullah s.a.w, telah bersabda:
"Buah-buahan dalam syurga seperti anggur lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih lembut dari tepung dan di dalamnya tidak ada biji. Sesungguhnya di syurga ada seratus tingkatan, jarak antara satu tingkat dengan tingkat yg lain seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kamu minta kpd Allah, mintalah syurga firdaus" (riwayat al Bukhari).
Ya Allah, masukkan kami dalam syurga firdaus, Aamiin.
Ahad, 17 Jun 2012
Ramai org yg mudah tegur org, tapi melenting bila di tegur
Petua terima teguran ialah:
1. Ingat yg Allah tegur kita melalui teguran org2. Syukur sbb tanpa teguran sukar utk kita berubah
3. Lapang dada & terima dgn tenang
4. Nilai & kaji teguran 5. Tanya jika tak jelas
6. Minta nasihat ttg punca masalah kita
7. Minta nasihat ttg alternatif penyelesaian
8. Minta tunjuk contoh yg boleh d teladani
9. Mohon maaf atas kesilapan & ucap TQ
10.Mohon d doakan agar dpt atasi masalah
11.Segera bertindak & tawakkal kpd Allah.
Moga Allah rahmati kita semua.
Ahad, 3 Jun 2012
Bermula Kehidupan Baru
Assalamualaikum...
Kehidupanku sekarang sudah berdua bersama insan tersayang... terima kasih kepada kawanku yang banyak membantu dalam urusan perkenalan kami..... semoga Allah membalas jasamu... 3/6/2012 (Ahad) saya telah diijab kabulkan bersama Mohd Fairuz... Alhamdulillah...walaupun pertama kalinya beliau blur dan lupa nama saya... tp akhirnya semuanya berjalan lancar.. bermacam ragam semasa majlis berlangsung.... tapi kali ini majlis perkahwinan ku bersama abangku tidak seperti kenduri yang sebelumnya... Teringat kepada arwah abangku yang telah kembali kerahmatullah pada 6/4/2012 (Jumaat) jam 1.55 pagi... kalau sebelum ini arwah beriya-iya sgt nak adakan majlis dengan meriah sekali...kompang, karaoke, khemah semua sudah di tempah... tp setelah arwah tiada dan menghormati keadaan ini, kami bersepakat tidak mengadakan kompang dan karaoke... khemah di uruskan oleh ayah... masak secara gotong royong.... Alhamdulillah... majlis selesai akhirnya.... oklah.. ada masa nanti, sy akan bicara apa yang berlaku dalam kehidupan harianku...

Langgan:
Catatan (Atom)