Laman Utama

Jumaat, 6 April 2012

Allah lebih sayangkan ALONG

Seperti yang telahku rasai sepanjang perjalanan balik ke KL... Along telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.55 pg...(6/4/2012) - Jumaat.... Al-fatihah buat arwah Along... Aku doakan semoga arwah bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh.... Lebih kurang jam 3 lbh pagi... aku bergerak blk Melaka bersama tunangku.....

Khamis, 5 April 2012

Ya Allah.. kuatkan hatiku ini....

Jam sudah menunjukkan jam 5.52 ptg... hati ini sentiasa berdoa dan memaafkan segala kesalahannya dan menghalalkan apa saja permintaannya selama ini... Aku jg berharap mak dan ayah memaafkan dan menghalalkan  dia dunia akhirat... denyutan jantung, tekanan darah makin menurun.... Aku melihat di bilik ICU... aku cuba menahan air mata tp aku tak boleh... mungkin itu yg terakhir aku melihat dia... slps ini aku akan blk ke rumah mak, mandi dan blk KL semula utk ambil pakaian dan terus blk melaka semula....

Rasa tak sedap hati makin ketara.... Jam 10 lbh malam... aku, apak dan kawan dak apak pergi semula ke hospital melaka... ayah dan mak menyusul kemudian.... Ya Allah... jika Engkau lebih sayangkan dia, Kau ambillah dia dan tempatkan dia bersama orang yang beriman dan beramal soleh.... hanya ini yang mampu aku doakan utk dia.... Doktor yang merawat along dah memangil ayah, mak, isteri along, abang rozi, aku dan apak masuk ke dalam bilik ICU.. Doktor benarkan kami membaca Yasin utk along.. harapan untuk hidup semakin tipis... tekanan darah makin menurun.... 66/40.. itulah bacaan yang aku lihat di screen... 66 itu dah menyala2 menandakan itu bacaan tahap bahaya.... sorang demi sorang mengadap along, membaca surah dan doa yang terbaik utk along... aku pun sama...aku pegang tangan along... sejuk... aku kucup dahi along buat kali terakhir semasa masih bernyawa.... Abang rozi mengajar mengucap di telinga along... aku lihat mata along.. semakin menutup separuh.... jam sudah menunjukkan 11.30 malam.... aku, apak dan kawan apak minta izin ayah dan mak utk balik kl ambil pakaian dan akan blk semula malam ini jgak... Ya Allah...kuatkan hatiku ini....

Isnin, 2 April 2012

Panggilan kecemasan

"Dik, kau tahu along ada kat hospital?.. ambulans datang amik kat rumah.." kakak ku yang tinggal di Tanjung Agas call... Tak de sape plak cakap along masuk hospital.... Dalam hatiku terus berdoa agar Allah lindungi along dan tabahkan hati dia dengan sakit yang dia hadapi sekarang.... Along mengidap sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi.... Aku terus niat, esok nk cuti nk blk melaka tgk along...

Ahad, 1 April 2012

Mesej dari ALONG

"Zam, tlg topup...balong dh tak tahan.. sakit sgt skrg ni... kalau kau ada org yg boleh ubatkan balong, tolong beritahu cepat..."  3.30 pg..

ini msj yang aku terima pg td... tp aku terjaga jam 5.33pg.. terus aku topupkn hp dia.. Ya Allah, Kau kuat dan tabahkan hati along ku... Kau sembuhkanlah penyakitnya... Amin...

Selasa, 20 Disember 2011

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band




Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja


Isnin, 19 Disember 2011

Ex-Bf nak "RUJUK" semula! Patut ke anda bagi peluang?

Anda dah “fed-up”!Hidup dengan dia amat menyeksakan.Anda di kongkong,perasaan anda tidak diambil berat,seolah-olah anda rasa disayangi,dilayan dengan baik dan manja hanya bila diperlukan.Dipendekkan cerita,akhirnya anda putuskan perhubungan anda.Cukup!Sampai di sini saja.Keputusan anda muktamad tetapi…

Dengan cukup sadis,ex-bf anda yang sebelum ini seorang yang cukup ego,garang kononnya,macho dan mengambil mudah perasaan anda,merayu…menangis sambil berkata, “Ampunkan abang…tolonglah sayang,abang akan buat apa saja,kembalilah”…dengan suara yang sebak dan terketar,air matanya berderai laju.

Tindakannya membuat anda sebagai wanita yang lembut hati dan penyayang amat menyentuh jiwa.

Anda terfikir:

Betul ke ni?

Boleh percaya ke?

Jauh di sudut hati….

Anda masih sayang padanya..

Jadi,adakah betul kali ini ex-bf anda tu betul-betul maksudkan apa yang dia ucapkan tu?Macamana anda nak tau dan pastikan?

Ingat 5 perkara ini di fikiran anda.

1) Anda TIDAK perlu beri dia peluang sekali lagi!Inilah dia perkara yang pertama sekali yang perlu ada dalam fikiran anda.Fikir macam ni akan mengurangkan anda berfikir dengan banyak dan pastinya juga mengelakkan banyak lagi perbincangan dengan dia.Selain itu,anda akan tenang dan ini membantu anda membuat keputusan yang bijak kemudian hari.

2) Kalau dia jujur,dia pasti akan tunaikan janjinya.Sebagai contoh,kalau dia kata dia takkan tengking anda lagi,dia akan berhenti buat macam tu.Kalau anda suruh dia pergi “therapy” sebab dia ni “alcoholic” ke..atau sebab nak buang sifat panas barannya yang anda dah tak tahan tu,tanpa banyak soal dia akan pergi.

3) Dia takkan mendesak anda.Tak siapa pun suka didesak apatah lagi dalam keadaan anda.Untuk mendapatkan anda semula,dia perlu dan mesti berikan anda masa dan ruang.Sikap macam ni dari dia adalah di antara ukuran yang cukup penting untuk anda lihat kejujuran,kematangan dia dan adakah dia dapat kawal perasaannya yang jika tidak pasti membuat anda lebih jauh darinya.Anda perlu faham,orang yang jenis “manipulative” atau yang jenis cuba “ingin menguasai” takkan bagi masa yang anda perlukan untuk anda buat keputusan yang baik untuk ANDA.Orang yang “manipulative” hanya mahu keputusan yang baik untuk dia sahaja.

4) Anda lihat dia akan jadi pendengar yang baik.Sikap dia akan merendah diri,tak la macam sebelum ni,ego semacam,apa anda cakap dia buat selamba…buat tak dengar jer..macam cakap dengan tunggul.Ikut naluri anda,pasti anda perasan kalau dia berlakon buat macam tu.

Lagi satu,sikap jujur dia tu mesti diambil kira bila anda kata “tidak” dan dia akan faham dan terima.Dia juga akan faham kalau anda letakkan sempadan dalam perkara tertentu terhadapnya sebagai contoh anda kata, “Saya tak nak awak telefon saya seminggu,saya nak tenangkan fikiran”,tanpa banyak soal dia akan dengar dan ikut.Sekiranya perkara-perkara seperti ini dia tak dapat buat,apa pun alasannya,dia tetap belum berubah dan jujur dalam janjinya.

5) Perubahan 90%-100% pada sikap buruknya.Kalau dia betul berubah…dalam jangkamasa tertentu,anda boleh lihat perubahan pada dirinya.Segala apa yang anda tak suka tentang perangai dan sikap buruknya dulu,dah hamper takde atau tak mustahil..dah takde terus!

Ingat!Letakkan masa untuk tengok dia berubah dan kotakan janjinya.Tapi berapa lama ya?okay….tidak kurang dari 3 bulan.Ya,tak kurang dari 3 bulan!Sebabnya kalau dia betul jujur dia akan tunggu anda berapa lama pun masa yang anda tetapkan dan sanggup hadapi risiko untuk tidak diterima oleh anda tanpa banyak soal disebabkan kesedarannya yang dia ni dah buat salah.Kalau sekiranya dia berlakon je selama ni..anda pasti dapat lihat,rasa dan tau bahawa selama ini janjinya itu hanya lakonan.Orang yang berlakon dalam hal macam ni jarang dapat bertahan selama itu untuk mengaburi lakonan mereka.

Apa yang anda minta dia buat sebenarnya bukanlah banyak mana pun.Anda hanya ingin dia tunjukkan yang terbaik untuk anda,buka semula harapan dalam perhubungan dan yang penting kembalikan kepercayaan anda padanya.Apa saja yang dia lakukan dalam tempoh yang anda sendiri kawal ini,memberi diri anda masa dan alasan kukuh untuk terima dia atau pun tidak.

Dalam masa yang sama,berhati-hati dalam membuat keputusan.Ada juga yang inginkan peluang sekali lagi dan kemudian akan mengunci hati anda dengan sikap jujurnya yang mengaburi hati anda bahawa dia sudah berubah.Orang seperti ini akan berusaha mendapatkan anda kembali tanpa anda ketahui dia tidak jujur.

Jadi,untuk mengelakkan anda kecewa dalam perhubungan cinta yang menyusahkan anda,keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira banyak perkara.

Selalunya hati kecil anda akan lebih tau dan kenal sama ada dia berlaku jujur atau tidak dan patutkah anda kembali padanya walaupun dia telah berubah dan melakukan segalanya.

Ingat!Jauh disudut perasaan anda adalah hati kecil yang kenal dirinya,gunakan perasaan ini dengan bijak untuk keputusan terakhir