Laman Utama

Sabtu, 30 Julai 2011

Jangan Mengharap Terlalu Sempurna...

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
  
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
  
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
  
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
  
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.  MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
  
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

Isnin, 14 Februari 2011

Lumrah....

Suratan takdir setiap manusia tidak akan penah sama dengan manusia lain. Takdirnya cukup berbeza. Perbezaan ini cukup menduga kita sebagai insan yang bergelar makhluk yg maha esa. Dugaan yang dilalui dalam ranjau kehidupan ini cukup meletihkan. Diduga bagaikan tiada keadilan. Disaat kita xmampu lagi memikul tanggungjawab, namun diberikan lagi kepercayaan. Yang hakikatnya seharusnya dipikul juga. Kadangkala terdetik dihati kecil seorang insan, hidup ini cukup meletihkan. Apatah lagi erti kebosanan. Melalui ranjau kehidupan yang saban hari hampir sama. Dari terbukanya iris mata melihat cahaya subuh, hingga tertutupnya pandangan mata seorang manusia dibuai alam yang berbeza dari realiti. Alam fantasi yang kadangkala cukup mengindahkan dari alam kenyataan. Sehinggakan wujudnya segelintir umatnya yang ingin trus berada dialam yang indah itu.

Hati seorang insan mana yang tidak mahukan kedamaian. Ketenangan dan kadangkala keamanan. Berada disamping insan yang cukup disayangi. Dikelilingi tawa riang cahaya2 cinta. Namun masih jauh perjalanan hidup ini yang perlu dikejar. Bukan semudah yang disangka. Hidup ini seringkali menagih pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tidak akan wujud erti pembalasan. Juga erti nikmat kehidupan. Tekanan yang dilalui cukup menyeksakan. Cukup menguji pemikiran matang dan kewarasan seseorang insan. Pernah terdetik dihati ingin berlari. Berlari jauh meninggalkan semua ciptaan. Yang dahulunya pilihan hati seorang manusia yang nekad terhadap pilihan hidupnya. Berlari jauh tanpa menoleh kebelakang. Namun, sejauh mana harusku berlari meninggalkan semua ini? Kerna suma ini tidak akan pernah pergi meninggalkan hidup ini. Semakin jauh langkahku, semakin dekat jejakku. Semakin jauh pandangan ku, semakin dekat dalam hatiku. Kemana harusku berlari. Sampai bila....

Terdiam aku membisu memikirkan hidup yang penuh dengan persoalan. Tanggungjwab yang dipikul masih terbeban dalam pemikiran. Namun, takkan ada penyesalan dalam kehidupan. Kerna sudah jauh aku kedepan mencorak kain kehidupan. Yang warnanya terdiri hitam putih kehidupan. Warnanya kadang kala malap jika dipandang sebelah mata. Namun cukup berbeza jika dipandang dengan kesempurnaan penglihatan. Hidup ini perlu diteruskan. Kesyukuran perlu wujud dalam setiap hati insan. Mengapa harus berlari kejalan yang tidak pasti arah tujunya sedangkan kita dipaksi yang sewajarnya. Mengapa harus berhenti sedangkan masih awal untuk kita melihat hasilnya. Dalam kehidupan ini, wajar kita memahami erti kesyukuran. Disaat kta berada dalam kejatuhan, bersyukurlah kerna kita mampu lagi bernafas untuk trus membetulkan kesilapan. Kesilapan yang xkan pernah lari dlm kehidupan ciptaan Illahi. Berfikirlah sejenak akan keperitan insan yang tiada arah hidupnya. Tiada pedoman dalam setiap pemikirannya. Berfikirlah sematang2nya dalam memilih jalan kehidupan. Kerna manusia hanya diberi satu peluang untuk kedepan. Dan tiada erti dalam kehidupan untuk mengayuh kebelakang. Dan jika diberi peluang kedua, hargailah sewajarnya, kerna xsemua insan diberi sebegitu rupa. Hidup ini penuh dengan cabaran. Xkan ada kejayaan tanpa cabaran. Xkan ada kegembiraan tanpa pengorbanan.

Jangan ditanya pengorbanan orang, tanya pengorbanan didada jika itu yang kita mahukan. Jangan ditanya kesenangan yang diperoleh, tanyalah bagaimana dia memperoleh kesenangan. Keringat ibunda dan ayahanda perlu dikenang. Restu dan doanya biar menyuluh jalan kehdupan agar kita tidak kesesatan. Panjatkanlah rasa syukur terhadapNya jika kita melanda resah dan rebah. Jangan didengar desiran angin yang berlalu di pendengaran, kerna xsemuanya datang dari kebaikan.Fikirlah...