Laman Utama

Selasa, 31 Julai 2012

Ziarah

Innalillahiwainailaihirojiun
DrpdaNya kita datang, kpdNya jua kita kembali.
Al-fatihah buat Ainul Mardiah, baby kepada Nurhamizah... semoga beliau di tempatkan bersama roh2 org yg beriman.... Alfatihah


Saya sempat ziarah baby ni di masjid serdang jaya... nampak kuat hati miza2... mgkn kerana redha dgn ketentuan Illahi... ketika baby ni dikapan..terdengar nenek bercakap dgn baby ni.."nenek nak pakaikan baju..."... sebak seketika..walaupun belum ada anak tp naluri ibu mnyebabkan perasaan sedih melanda... bukan saya seorg tp beberapa kawan staf yang ziarah turut sedih.... 9 bulan mengandung, tp akhirnya.... Dengan Allah ia kembali....

Antara cerita yg dikongsikan oleh miza2:

26/7/12 - pi klinik Azzahrah, Bangi pi chekup sbb due bersalin  27/7/12... (disebabkan belum ada tanda2 nk bersalin, dokter bg masa 1 minggu lg utk bersalin walaupun kepala baby dh ke bawah...)

30/7/12 - perut dh mula rasa sakit nk bersalin, lebih kurang 7 lbh malam... scan, baby masih bernyawa... tp bila jam 10 lbh mlm scan utk kali kedua, baby dh tidak bernyawa lg... baby lemas di dalam perut..

31/7/12 - 4.30pg selamat bersalin
                   5.29pg aku terima msj dr miza2 tp dia menggunakan no hp suami dia... * rasa gembira bila baca ayat yg awal tp rasa sedih bila baca ayat akhir.... Alfatihah....

Kami doakan smga miza2 dan suami kuatkan dan tabahkn hati mghadapi dugaan ini...

Berita sedih.....

Pagi2 sudah dpt msj dr staf kt ofis.... "Salam kak.. Org da bsalin bby gurl..tp bby meninggal lmas dlm perut..."   Innalillah.... bergenang air mata seketika bila baca msj ni... Semoga miza2 tabah dan redha dgn apa yg berlaku.. syurga sudah pasti buatnya...Allah lebih sayangkan dia utk menunggu mu di sana...

Jumaat, 27 Julai 2012

SEDEKAH PENGHINDAR BALA

Rasulullah S.A.W berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib “Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram. Wahai Ali, tiada kebaikan dalam ucapan kecuali apabila diamalkan, dan tiada kebaikan dalam bersedekah kecuali apabila diikhlaskan (kerana Allah)”. (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4)
 
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda bahawa: “Amalan sedekah kalian akan menghindarkan 70 kecelakaan”. Riwayat al Tabrani
 
HURAIAN

Secara literal, al-bala’ atau bala bermakna al-ikhtibar (ujian). Istilah bala’ sendiri digunakan untuk menggambarkan ujian yang menyukarkan, sama ada ianya boleh mendatangkan kebaikan, mahupun yang diikuti dengan keperitan. Imam ar-Razi, Mukhtâr al-Shihâh, hal. 65.
 
Dalam kitab al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an dinyatakan, bahawa bala’ itu memiliki tiga bentuk; sama ada kegembiraan (ni’mah), halangan (khibrah) dan sesuatu yang tidak diinginkan (karahah). Syihâb al-Dîn Ahmad, al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an, juz 1, hal. 85.
 
Sedekah adalah penolak bala, pendarab pahala, dan penyubur laba. Semua kita tentu pernah atau sedang mengalami masalah, walau apapun bentuknya. Demikianlah hakikat kehidupan di dunia, dewan ujian kita, apakah benar kita adalah hamba-Nya yang bertaqwa atau sebaliknya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan sebagai ujian yang akan memutuskan siapakah dalam kalangan kalian  yang paling baik amalan”. Al Mulk ayat 2
 
Marilah kita menghindarkan diri kita dan keluarga daripada bala, dengan bergegas dalam bersedekah. Tukarkan dan jualkan segala kesulitan hidup kita dengan berurusniaga bersama Allah S.W.T. melalui amalan bersedekah, kerana sesungguhnya, Dia pasti Membelinya dengan harga yang paling tinggi dan menjanjikan keuntungan yang amat lumayan untuk kita.
 
Bersedekahlah dengan harta terbaik dan perasaan terindah yang pernah dimiliki. Masihkah perlu bertangguh? Janganlah menunggu hari esok. Lakukannya segera, sekarang juga!.

Happy Birthday to You!!!



Selamat ulang tahun kepada roziella @ akak ipar sy yg ke 33 thn.... didoakan smg pnjg umur, diluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan yg baik, semoga selamat di dunia dan akhirat n gmbira bersama anak2 tersayang.... hmmm sy faham situasi dia kali ini... tiada org yg tersayang di sisinyer kali ini.... Semoga beliau tabah disamping anak2nyer.. itulah penguat utk dirinya meneruskan kehidupan seterusnya... Al-fatihah utk arwah along

p/s: jgn sedih2 tau... kitaorg kan ader....

Khamis, 26 Julai 2012

Tazkirah Pagi - 2

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
· Berbekam
· Mengeluarkan darah
· Berkucup
· Merasa makanan
· Bersugi selepas gelincir matahari
· Mencium wangian

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
· Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
· Makan dan minum sepanjang hari
· Muntah dengan sengaja
· Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
· Keluar darah haid & nifas
· Gila
· Pitam atau mabuk sepanjang hari
· Murtad

KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA
· Musafir
· Sakit
· Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
· Tua

Mutiara Harta - 2

SEDEKAH PENGHAPUS DOSA

Jabir R.A menceritakan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang masudnya: “Solat adalah pendamping diri dengan rahmat Allah dan keredhaan-Nya. Puasa pula adalah perisai penghalang daripada sifat kejahatan, manakala sedekah pula adalah pemadam dosa, laksana air yang memadamkan api”. Riwayat Ahmad dan al Tirmizi.
 
HURAIAN
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal merupakan kewajipan setiap mukmin. Oleh itu, Islam amat menuntut umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki, dengan penuh kesabaran dan tidak mudah berputus asa, di samping berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Dia pasti tidak akan pernah mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
 
Sesungguhnya kesenangan atau kekayaan, kemiskinan atau kesempitan hidup merupakan sebahagian daripada ujian Allah S.W.T. terhadap para hamba-Nya. Namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan. Dari sudut yang lain pula, hartawan yang dermawan adalah jauh lebih baik daripada mereka yang lalai dan leka, sama ada miskin atau pun kaya.
 
Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di Akhirat. Pernahkah kita merasa, kadang-kala begitu sukar untuk memperolehi wang dan apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi. Lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan. Kemalangan, anak sakit, kawan pinjam duit, kereta rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan. Nak kata gaji kecil? Tidak juga! Nak kata suka enjoy? Tidak juga! Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!

Mungkinkah kita pernah mendapatkan rezeki dengan cara yang tidak halal?
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya ruh al-Qudus (Jibril) pernah memberitahuku bahawa sesiapa pun pasti tidak akan mati selagi belum disempurnakan rezekinya. Maka berwaspadalah terhadap kemurkaan Allah dan berusahalah dengan baik. Janganlah pula lantaran kerana lambatnya sesuatu rezeki untuk kamu, menjadi alasan untuk kamu mendapatkannya dengan jalan yang salah, kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan jalan ketaatan.”  Riwayat Ibnu Majah dan al Tabrani.
 
Membelanjakan harta ke jalan Allah dapat menjanjikan keberkatan, sebaliknya menahan harta dari jalan Allah pula akan menjanjikan kecelakaan. Amalan bersedekah walaupun kecil adalah amat tinggi nilainya di sisi Allah. Dalam hadith yang lain, Nabi S.A.W. bersabda “Takutilah neraka! Walaupun yang sebesar setengah biji kurma. Bersedekahlah! Kerana ianya penghapus dosa sebagaimana air yang memadamkan api”.

Mutiara Harta - 1

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berikanlah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan kepadamu (untuk ke jalan Allah), sebelum datangnya suatu hari yang sudah tiada sebarang urusan perniagaan, tiada juga sebarang persahabatan dan tiada lagi sebarang bantuan. Sesungguhnya mereka yang ingkar itulah mereka yang zalim”. Al Baqarah : 254

HURAIAN

Sedekah bukan sekadar memberi. Amalan bersedekah mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh para penerimanya, malahan ianya akan turut serta merta dirasakan oleh pengamalnya.

Amalan bersedekah adalah sangat digalakkan oleh Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diraih, di antaranya ialah harta akan menjadi berkat dan semakin bertambah.

Dari Abu Hurairah R.A. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...dan terus bertambah...” Hadis Riwayat Al Tirmidzi

Firman Allah S.W.T. lagi: "Sesiapa sahaja yang meminjamkan hartanya kepada Allah (bersedekah) untuk mendapatkan yang terbaik, pasti Allah akan melipatgandakan anugerah-Nya, dan pastinya dia akan memperolehi pahala yang mulia.” Al Hadid : 11

Dalam surah al-Baqarah, ayat 245, Allah S.W.T. berfirman: "Janganlah kamu bimbang menjadi miskin hanya kerana membelanjakan harta kepada Allah (bersedekah)”

Inilah rahsianya bagaimana harta yang disedekahkan tidak akan pernah berkurang, malahan ianya akan semakin bertambah, meski pun pada zahirnya harta tersebut kelihatan semakin berkurang dari sudut materialnya, namun demikian, dalam masa yang sama seiring dengan waktu yang berlalu, hartanya akan semakin bertambah, terutama sekali dari sudut keberkatannya. Sebagaimana seseorang yang menanam padi dengan mengambil sebutir sahaja daripada segenggam padi yang dimilikinya, maka sebutir benih tadi akan terus tumbuh dan membuahkan lebih banyak butiran padi untuknya.

Rabu, 25 Julai 2012

Sunat-sunat puasa

· Makan Sahur serta melambatkannya
· Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
· Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
· Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
· Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
· Membaca Al-Quran
· Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Faedah Puasa

· Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
· Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
· Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
· Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
· Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
· Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
· Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
· Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Sabtu, 21 Julai 2012

Puasa pertama

Alhamdulillah... kalau sblm ini aku puasa seorg, tp hari ini mula puasa ramadhan aku bersama suamiku... tentu lainkan... almaklumlah... klu sblm ni sahur makan roti dan air sahaja...bangun pun tak terlalu awal.. tp hari ini kena bangun awal sebab suamiku hendak makan nasi utk sahur.... sempat lg suamiku bergurau.. "tahun ni puasa berdua, tahun depan puasa bertiga plak yer"... hehehe.. insyaallah kalau ada rezeki... hari ini juga berbuka puasa di rumah mentua di Cheras... Insyaallah... Selamat berpuasa semua....

Jumaat, 20 Julai 2012

Teringat....

hmmm saat ini aku teringat kpd arwah along aku... rasa sebak bila teringat kat dia... Esok dah mula puasa... mesti isteri arwah teringat kat along...apalagi keluarga kami... aku harap semua ahli keluarga aku sabar dan terima kenyataan ini...  hari ini tanam batu nisan kat kubur arwah along... Alhamdulillah... terima kasih kpd abg. nan, ayah dan sesiapa yg terlibat dalam menguruskan hal ini sejak semalam lg... Semoga roh arwah along tenang di sana... Al-fatihah....




Khamis, 19 Julai 2012

Berbuka Yang Diharuskan

 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha'kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.

Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa.

Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.

Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada'kan semula puasanya di bulan yang lain.

 Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang maksudnya:

Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" ( Bukhari dan Muslim).

Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN

Ramadan akan menjelma lagi, musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’                                                                                                                                                         
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad).

Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan ya Ramadhan’ bererti Selamat Datang Ramadhan!

Berlapar penting untuk menjinakkan nafsu. Itu adalah peraturan Allah yang Maha Mengetahui. Apabila berpuasa mengikut sunnah Rasul SAW, hati Muslim menjadi lembut dan takut kepada azab Allah. Muslim lebih teliti dalam tindak tanduknya. Selain berlapar, berpuasa ialah menahan diri daripada perkara yang berdosa, tidak bermoral dan sia-sia. Berpuasa pada perut ialah tidak makan, berpuasa pada Iidah ialah tidak bercakap sia-sia atau mengumpat. Berpuasa telinga ialah tidak mendengar muzik rock dan perbuatan lucah. Berpuasa mata ialah tidak memandang yang berdosa seperti aurat, atau memandang seseorang dengan marah.

Nabi bersabda, “Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”
(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan Iampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.
(Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita penuhi dengan beramal seakan kita merasai bahawa in adalah Ramadhan yang terakhir dalam hidup Kita.  Kepada semua Muslimin dan Muslimat, saya mengucapkan Ahlah Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Selasa, 17 Julai 2012

TAZKIRAH PAGI

RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA DIRAHMATINYA.

1. MENCIUM ISTERI TIDAK MEMBATALKAN PUASA
Aisyah r.a berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW sering mencium isteri-isterinya sedangkan baginda sedang berpuasa. Kemudian Aisyah tertawa. Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Mencium isteri tidak membatalkan puasa. Namun bagi orang yang tidak kuat menahan nafsunya hal tersebut tidak digalakkan kerana ia akan membawa kepada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

2. MENYEGERAKAN HUTANG PUASA
Aisyah r.a. berkata: Dulu kami haidh di zaman Rasulullah S.A.W. Maka kami diperintahkan mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat. Riwayat: (Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Bagi kaum wanita yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa sunat 6 hari dalam Syawal akan memberi peluang terbaik untuk mereka mengqadha' puasa di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat.

Kebiasaan melambatkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ibadat wajib jika ditinggalkan sewajarnya segera diqadha' sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah S.W.T kerana apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Oleh itu selagi kesempatan diberikan pergunakanlah ia dengan sebaik-baiknya kerana masa akan terus berlalu sedangkan Allah telah bersumpah dalam al-Quran yang maksudnya:Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (al-Asr :1-3)

Ahad, 1 Julai 2012

Berkampung di UUM

Alhamdulillah.. tahun ini terpilih utk game boling bg SUKUM kali ke 37 di UUM... tp kami tinggal di Rumahsiswa Antarabangsa UUM di Jitra... pertandingan kali ini di pasific Alor Star... 2/7 hingga 12/7... Jumpa lagi...