Huraian Hadith:
- Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah, lebih-lebih lagi memandang ringan terhadap dosa besar.
- Orang yang paling mengenal Allah selepas para Nabi dan Rasul AS dan paling wara’ dan taqwa ialah sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kerana perkara yang dianggap remeh oleh generasi selepas mereka adalah perkara yang sangat besar pada anggapan mereka, kerana sempurnanya pengetahuan mereka terhadap Allah.
- Ada perkara yang dianggap mudah oleh sebahagian orang sedangkan perkara itu dipandang berat dan mencelakakan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan