Laman Utama

Rabu, 24 Oktober 2012

Jom Puasa Arafah

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati oleh semua umat Islam lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidak ada hari yang mana Allah membebaskan sebegitu banyak roh dari api neraka Jahanam selain daripada hari `Arafah”. (HR. Muslim)

KEUTAMAAN PUASA ARAFAH
Tidak diragui lagi bahawa puasa Arafah adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (HR. Muslim).

Selain berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan soleh yang lain, seperti solat sunat tahajud, membaca al-Quran, berdoa, berSEDEKAH, melaksanakan Ibadah Korban dan sebagainya. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari Arafah akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Hari Arafah merupakan hari yang terlalu istimewa. Kedatangannya yang hanya sekali dalam setahun ini janganlah disia-siakan.

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tiada lagi pertolongan lain selain mereka yang menemui-Nya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda. Amin

Selamat berpuasa Arafah dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Tiada ulasan: