Senyumlah walau hatimu duka.... Ubatilah ianya dengan suka dan gembira dengan MENGINGATINYA... Agar dirimu tidak lagi derita... Terima dengan redha... Semoga ada hikmatnya....
Rabu, 13 Mac 2013
Cemburu Allah terhadap manusia yang berbuat perkara haram
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah Taala cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah Taala itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:
Allah memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa yang dikehendakinya, namun begitu, Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.
Perasaan benci (tidak suka) kepada perkara yang dilarang oleh Allah adalah suatu sifat yang mulia.
Kemungkaran di akhir zaman
Daripada Ibnu Mas`ud RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya akan berlaku (secara berleluasa) sepeninggalanku nanti sifat mementingkan diri dan perbuatan mungkar”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah apakah pesananmu kepada kami”, Sabda Rasulullah SAW, “Tunaikan kewajipan kamu dan mintalah kepada Allah untuk mendapatkan hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:
1. Kita hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan sama ada manis atau pahit.
2. Seseorang itu dikehendaki bersabar menghadapi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim supaya menjalankan kewajipan dengan sempurna bagi semua perkara.
3. Hanya kepada Allah seseorang itu boleh berharap dan berserah mengenai sesuatu.
Huraian:
1. Kita hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan sama ada manis atau pahit.
2. Seseorang itu dikehendaki bersabar menghadapi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim supaya menjalankan kewajipan dengan sempurna bagi semua perkara.
3. Hanya kepada Allah seseorang itu boleh berharap dan berserah mengenai sesuatu.
Sabtu, 2 Mac 2013
3 hal
Assalamu'alaikum..
pesanan utk sahabat2 dan terutama sekali, diri ini sendiri
➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
➢ Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
➢ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
➢ Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
➢ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
➢ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
➢ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya اللّه , saudara2ku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannyaَ Amin ya Rabbal Aalamiin.
pesanan utk sahabat2 dan terutama sekali, diri ini sendiri
➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
➢ Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
➢ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
➢ Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
➢ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
➢ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
➢ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya اللّه , saudara2ku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannyaَ Amin ya Rabbal Aalamiin.
Krisis Lahat Datu
Sekadar
utk info. Bukan senang rupanya cerita perundangan di sebalik konflik
sebegini. Apa-apa pun, Insya-Allah esok kita akan dengar berita yg amat
menggembirakan : 180 pemberontak Sulu menemui Sakaratul-Maut di hujung
senapang / tank pihak keselamatan Malaysia.
Allahuakbar!! Ya
Allah berikan kemenangan MUTLAK kpd pihak PDRM / ATM. Ya Allah
RANAPKANLAH & LINGKUPKANLAH sehancur-hancurnya penyangak laknat
Sulu, sebagaimana kau LANYAK tentera Rom & gajah Abrahah di
Makkah...
Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambaham. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawalnya bukan kapal selam tapi malaikat kot)
Langgan:
Catatan (Atom)