Daripada Ibnu Mas`ud RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya akan berlaku (secara berleluasa) sepeninggalanku nanti sifat mementingkan diri dan perbuatan mungkar”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah apakah pesananmu kepada kami”, Sabda Rasulullah SAW, “Tunaikan kewajipan kamu dan mintalah kepada Allah untuk mendapatkan hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:
1. Kita hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan sama ada manis atau pahit.
2. Seseorang itu dikehendaki bersabar menghadapi kemungkaran-kemungkaran yang berlaku oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim supaya menjalankan kewajipan dengan sempurna bagi semua perkara.
3. Hanya kepada Allah seseorang itu boleh berharap dan berserah mengenai sesuatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan