Laman Utama

Isnin, 18 November 2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)


Ammar,
Saat anak muda lain leka mencari dunia
Engkau sibuk mengejar syurga
Saat anak muda mengelak lelahnya dakwah
Engkau giat mengorak langkah...
Merasai manisnya hidup bersyahadah

Ammar,
Kini kau telah lena abadi
Di sisi Abu Ayub Al-Ansari
Namun lenamu inilah
Yang mengejutkan lenanya hati-hati kami
Bahawa untuk tujuan apa kami di dunia
Sungguh benar kata-katamu
Cukuplah mati sebagai penasihatku



 
 
 
 

Tiada ulasan: