Daripada Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:
· Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
· Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
· Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.
Senyumlah walau hatimu duka.... Ubatilah ianya dengan suka dan gembira dengan MENGINGATINYA... Agar dirimu tidak lagi derita... Terima dengan redha... Semoga ada hikmatnya....
Khamis, 13 September 2012
Anak Perisai Api Neraka
Huraian Hadith:
- Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit
Ahad, 19 Ogos 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat hari raya kepada semua umat Islam..... Raya tahun ini sy beraya bersama suami tersayang.. Alhamdulillah..raya pertama kepada kami dan beraya di kampung sy di Melaka... cuma raya kali ini kami tidak berkumpul 1 keluarga... Raya kali ini tiada lagi ALONG beraya bersama kami buat selama2nya... Isteri dan anak2 arwah kali ini beraya bersama keluarga abg nan / family mak wai di sebelah pagi.. di sebelah petang baru mereka beraya di rmh kami... Kali ini sesi bergambar bersama ayah dan mak tidak ada family arwah along dan family man @ sinah.....
Ayah dan Mak
Family Kak Ngah
Family Suria
Apak
Saya dan suami
Adik
Selamat Hari Raya semua... Maaf segala kesalahan saya selama ini sama ada sengaja atau tidak. Mana yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri...... MAAFKAN SAYA
Jumaat, 10 Ogos 2012
Selasa, 31 Julai 2012
Ziarah
Innalillahiwainailaihirojiun
DrpdaNya kita datang, kpdNya jua kita kembali.
Al-fatihah buat Ainul Mardiah, baby kepada Nurhamizah... semoga beliau di tempatkan bersama roh2 org yg beriman.... Alfatihah
Saya sempat ziarah baby ni di masjid serdang jaya... nampak kuat hati miza2... mgkn kerana redha dgn ketentuan Illahi... ketika baby ni dikapan..terdengar nenek bercakap dgn baby ni.."nenek nak pakaikan baju..."... sebak seketika..walaupun belum ada anak tp naluri ibu mnyebabkan perasaan sedih melanda... bukan saya seorg tp beberapa kawan staf yang ziarah turut sedih.... 9 bulan mengandung, tp akhirnya.... Dengan Allah ia kembali....
Antara cerita yg dikongsikan oleh miza2:
26/7/12 - pi klinik Azzahrah, Bangi pi chekup sbb due bersalin 27/7/12... (disebabkan belum ada tanda2 nk bersalin, dokter bg masa 1 minggu lg utk bersalin walaupun kepala baby dh ke bawah...)
30/7/12 - perut dh mula rasa sakit nk bersalin, lebih kurang 7 lbh malam... scan, baby masih bernyawa... tp bila jam 10 lbh mlm scan utk kali kedua, baby dh tidak bernyawa lg... baby lemas di dalam perut..
31/7/12 - 4.30pg selamat bersalin
5.29pg aku terima msj dr miza2 tp dia menggunakan no hp suami dia... * rasa gembira bila baca ayat yg awal tp rasa sedih bila baca ayat akhir.... Alfatihah....
Kami doakan smga miza2 dan suami kuatkan dan tabahkn hati mghadapi dugaan ini...

Berita sedih.....
Pagi2 sudah dpt msj dr staf kt ofis.... "Salam kak.. Org da bsalin bby gurl..tp bby meninggal lmas dlm perut..." Innalillah.... bergenang air mata seketika bila baca msj ni... Semoga miza2 tabah dan redha dgn apa yg berlaku.. syurga sudah pasti buatnya...Allah lebih sayangkan dia utk menunggu mu di sana...
Jumaat, 27 Julai 2012
SEDEKAH PENGHINDAR BALA
Rasulullah S.A.W berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib “Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram. Wahai Ali, tiada kebaikan dalam ucapan kecuali apabila diamalkan, dan tiada kebaikan dalam bersedekah kecuali apabila diikhlaskan (kerana Allah)”. (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4)
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda bahawa: “Amalan sedekah kalian akan menghindarkan 70 kecelakaan”. Riwayat al Tabrani
HURAIAN
Secara literal, al-bala’ atau bala bermakna al-ikhtibar (ujian). Istilah bala’ sendiri digunakan untuk menggambarkan ujian yang menyukarkan, sama ada ianya boleh mendatangkan kebaikan, mahupun yang diikuti dengan keperitan. Imam ar-Razi, Mukhtâr al-Shihâh, hal. 65.
Dalam kitab al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an dinyatakan, bahawa bala’ itu memiliki tiga bentuk; sama ada kegembiraan (ni’mah), halangan (khibrah) dan sesuatu yang tidak diinginkan (karahah). Syihâb al-Dîn Ahmad, al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an, juz 1, hal. 85.
Sedekah adalah penolak bala, pendarab pahala, dan penyubur laba. Semua kita tentu pernah atau sedang mengalami masalah, walau apapun bentuknya. Demikianlah hakikat kehidupan di dunia, dewan ujian kita, apakah benar kita adalah hamba-Nya yang bertaqwa atau sebaliknya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dia yang menciptakan kematian dan kehidupan sebagai ujian yang akan memutuskan siapakah dalam kalangan kalian yang paling baik amalan”. Al Mulk ayat 2
Marilah kita menghindarkan diri kita dan keluarga daripada bala, dengan bergegas dalam bersedekah. Tukarkan dan jualkan segala kesulitan hidup kita dengan berurusniaga bersama Allah S.W.T. melalui amalan bersedekah, kerana sesungguhnya, Dia pasti Membelinya dengan harga yang paling tinggi dan menjanjikan keuntungan yang amat lumayan untuk kita.
Bersedekahlah dengan harta terbaik dan perasaan terindah yang pernah dimiliki. Masihkah perlu bertangguh? Janganlah menunggu hari esok. Lakukannya segera, sekarang juga!.

Happy Birthday to You!!!
Selamat ulang tahun kepada roziella @ akak ipar sy yg ke 33 thn.... didoakan smg pnjg umur, diluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan yg baik, semoga selamat di dunia dan akhirat n gmbira bersama anak2 tersayang.... hmmm sy faham situasi dia kali ini... tiada org yg tersayang di sisinyer kali ini.... Semoga beliau tabah disamping anak2nyer.. itulah penguat utk dirinya meneruskan kehidupan seterusnya... Al-fatihah utk arwah along
p/s: jgn sedih2 tau... kitaorg kan ader....
Khamis, 26 Julai 2012
Tazkirah Pagi - 2
PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
· Berbekam
· Mengeluarkan darah
· Berkucup
· Merasa makanan
· Bersugi selepas gelincir matahari
· Mencium wangian
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
· Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
· Makan dan minum sepanjang hari
· Muntah dengan sengaja
· Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
· Keluar darah haid & nifas
· Gila
· Pitam atau mabuk sepanjang hari
· Murtad
KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA
· Musafir
· Sakit
· Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
· Tua

Mutiara Harta - 2
SEDEKAH PENGHAPUS DOSA
Jabir R.A menceritakan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang masudnya: “Solat adalah pendamping diri dengan rahmat Allah dan keredhaan-Nya. Puasa pula adalah perisai penghalang daripada sifat kejahatan, manakala sedekah pula adalah pemadam dosa, laksana air yang memadamkan api”. Riwayat Ahmad dan al Tirmizi.
HURAIAN
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal merupakan kewajipan setiap mukmin. Oleh itu, Islam amat menuntut umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh mencari rezeki, dengan penuh kesabaran dan tidak mudah berputus asa, di samping berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Dia pasti tidak akan pernah mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
Sesungguhnya kesenangan atau kekayaan, kemiskinan atau kesempitan hidup merupakan sebahagian daripada ujian Allah S.W.T. terhadap para hamba-Nya. Namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan. Dari sudut yang lain pula, hartawan yang dermawan adalah jauh lebih baik daripada mereka yang lalai dan leka, sama ada miskin atau pun kaya.
Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di Akhirat. Pernahkah kita merasa, kadang-kala begitu sukar untuk memperolehi wang dan apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi. Lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan. Kemalangan, anak sakit, kawan pinjam duit, kereta rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan. Nak kata gaji kecil? Tidak juga! Nak kata suka enjoy? Tidak juga! Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!
Mungkinkah kita pernah mendapatkan rezeki dengan cara yang tidak halal?
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya ruh al-Qudus (Jibril) pernah memberitahuku bahawa sesiapa pun pasti tidak akan mati selagi belum disempurnakan rezekinya. Maka berwaspadalah terhadap kemurkaan Allah dan berusahalah dengan baik. Janganlah pula lantaran kerana lambatnya sesuatu rezeki untuk kamu, menjadi alasan untuk kamu mendapatkannya dengan jalan yang salah, kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan jalan ketaatan.” Riwayat Ibnu Majah dan al Tabrani.
Membelanjakan harta ke jalan Allah dapat menjanjikan keberkatan, sebaliknya menahan harta dari jalan Allah pula akan menjanjikan kecelakaan. Amalan bersedekah walaupun kecil adalah amat tinggi nilainya di sisi Allah. Dalam hadith yang lain, Nabi S.A.W. bersabda “Takutilah neraka! Walaupun yang sebesar setengah biji kurma. Bersedekahlah! Kerana ianya penghapus dosa sebagaimana air yang memadamkan api”.

Langgan:
Catatan (Atom)