Laman Utama

Jumaat, 16 November 2012

Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Allah

Hari ini aku bangun awal... hati meronta2 menyuruh chek urin prgnent test... Walaupun baru 2 hari tp hati ni kuat mengatakan aku prgnt... mana taknya.. masa kat langkawi, kul 2 pagi boleh lapar... nk kejutkan hubby.. hmm tido...jd terpaksa lupakan LAPAR itu... jadi sy nak kongsikan berita gembira ini sebelum subuh.. Alhamdulillah... ada 2 garis.. Syukur ya Allah... Moga zuriatku membesar dgn baik dan sihat.... Insyaallah... Amin...

Ahad, 11 November 2012

Holiday time.....

Alhamdulillah.... hari ini sy bersama family suami bercuti ke Langkawi... Terima kasih kpd Prof. Joe sebab bagi tinggal di rumahnya di Sri Lagenda Garden Resort, Jln Penarak.... 3 hari 2 malam kami di sana... Agenda yg nak dilakukan, adik ipar dh buat... cuma jadi ke tidak.. Allahuallam... Harap2 apa yang dirancang menjadi... Semoga percutian kali ini mengeratkan lagi hubungan kami semua.... Insyaallah

Selasa, 6 November 2012

Mimpi

Apakah petanda mimpi itu.. Jaga dari tidur terus memikirkan apakah petanda mimpiku itu? Makan telur kuning... kalau mimpi makan, maknanya kita akan dpt rezeki.... Insyaallah...moga ada khabar berita gembira...


Khamis, 1 November 2012

Jom taksir ZAKAT PENDAPATAN

JOM TAKSIR ZAKAT PENDAPATAN

Tahukah Anda?
Nisab Zakat pendapatan untuk tempoh Haul setahun adalah disandarkan dengan nilai 85g emas. Ini bermaksud, setiap Muslim yang berpendapatan bulanan sebanyak RM1,084.00 dan ke atas pada tahun 2012, adalah layak dan boleh dikenakan zakat.

Bagaimana Untuk Mentaksir Zakat Pendapatan?
Anda boleh layari http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-pendapatan/ untuk membuat taksiran zakat tahunan anda.

Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.

Sekian,

“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

Rabu, 24 Oktober 2012

Jom Puasa Arafah

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati oleh semua umat Islam lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidak ada hari yang mana Allah membebaskan sebegitu banyak roh dari api neraka Jahanam selain daripada hari `Arafah”. (HR. Muslim)

KEUTAMAAN PUASA ARAFAH
Tidak diragui lagi bahawa puasa Arafah adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (HR. Muslim).

Selain berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan soleh yang lain, seperti solat sunat tahajud, membaca al-Quran, berdoa, berSEDEKAH, melaksanakan Ibadah Korban dan sebagainya. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari Arafah akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Hari Arafah merupakan hari yang terlalu istimewa. Kedatangannya yang hanya sekali dalam setahun ini janganlah disia-siakan.

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tiada lagi pertolongan lain selain mereka yang menemui-Nya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda. Amin

Selamat berpuasa Arafah dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Isnin, 8 Oktober 2012

Memo Note........dari Putri Nurnisa


Mama doakan akak lulus dlm pekse akhir thn... Dan doakan akak semoga panjang umur......Amin.... :D




Happy birthday kakak.... Ateh doakan semoga kakak sihat, dimurahkan rezeki, ceria n gembira selalu... dan semoga kakak lulus exam yer.... kakak kena kuat... selalu tolong mama dan ikut cakap mama tau...

Selasa, 2 Oktober 2012

I'm not perfect !!!

Pada saya, biar dia SALAH SANGKA..biar dia salah anggap, biar dia salah menduga..biar dia tahu yang buruk, sebelum MENGHARAP yang baik-baik..

Jika dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA kekurangan yang ada..dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..apa guna menghabiskan MASA menunjukkan kebaikkan, bila dia tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?

Biar dia tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini..biar dia tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu..biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU..namun saya masih punya MASA HADAPAN..biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak.