Laman Utama

Selasa, 25 September 2012

JANGAN MEMANDANG REMEH PERBUATAN DOSA

Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ia lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).” (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian Hadith
:
  • Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah, lebih-lebih lagi memandang ringan terhadap dosa besar.
  • Orang yang paling mengenal Allah selepas para Nabi dan Rasul AS dan paling wara’ dan taqwa ialah sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kerana perkara yang dianggap remeh oleh generasi selepas mereka adalah perkara yang sangat besar pada anggapan mereka, kerana sempurnanya pengetahuan mereka terhadap Allah.
  • Ada perkara yang dianggap mudah oleh sebahagian orang sedangkan perkara itu dipandang berat dan mencelakakan oleh para sahabat pada zaman Rasulullah.

Isnin, 24 September 2012

Motivasi

3 perkara akan terjadi bila orang mengutuk anda:

1: orang tersebut akan mendedahkan sifat NEGATIFnya kepada orang lain

2: 10 orang lain akan mengutuknya

3: anda mendapat pahala FREE dan dia mendapat dosa 

so, just stay cool! peace ;)

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem Official MV HD-Video with Lyric

Ahad, 23 September 2012

muhasabah

Dalam seribu KEBAIKAN pasti ada terselit satu KEBURUKKAN.. Apa yang lebih teruk, bila satu keburukkan itu bukan sahaja buruk malah akan MEMBURUKKAN lagi keadaan itu sendiri yang sedia buruk.. Keburukkan itu mungkin perkara BIASA pada manusia biasa.. Namun, yang lebih buruk itu adalah apabila manusia itu TIDAK MAHU SEDAR dan BERUSAHA untuk MEMBAIKI KEBURUKKAN itu kepada kecantikkan..

P/s: Jangan DIKEJI keburukan itu tetapi, ambillah IKTIBAR dari setiapnya itu supaya kita sentiasa SEDAR di mana letaknya kaki kita BERPIJAK.. Ingat, segala yang berlaku ada CERITA CANTIK yang TERSEMBUNYI disebalik KEBURUKANNYA itu..♥

Sabtu, 22 September 2012






“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Quran; Ali Imran:8)

Aamiin!
Lebih baik kita menilai diri sdr dahulu sebelum menilai org lain..kalau rasa diri sdr dah cukup bagus boleh menilai orang..ingat Nobody Perfect!!! utk dr sdr juga..hihihi

Khamis, 20 September 2012

Renungan

✿~ seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..

~ airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..

✿~ begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..
~ tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya.. ~✿
 SeLaMaT PaGi
AsSALaMuALaIkUm>>>>........

Khamis, 13 September 2012

INGAT MATI MELEMAH HAWA NAFSU.

Daripada Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

· Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
· Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
· Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.

Anak Perisai Api Neraka

Daripada Aisyah R.ha katanya, "Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya". Maka dia pun membahagikan sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, "Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka", (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:


  •  Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit 
  • Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya
  • Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  • Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.